tick toe

Wednesday, May 21, 2014

As a matriculation's student...

Assalamualaikum... Fuh berhabuk tak bukak since baru je almost a month liddat holiday after final exam
di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Yeap, sure very very busy as a matriculation's student.
Got not enough time to do that and that, and of course kat mana mana institut ke sekolah ke pejabat ke, mesti ada stress kan?


But be positive, bak kata orang "Positive thinking leads to positive outcome". Gitewww lerrrrr.
Ini la menunjukkan kematangan kita atau kebudakan kita. Iye dok? hehehe. Maybe yg pernah dok boarding school tu takde big matter sgt la utk pengurusan diri and masa. Korang kena la tunjuk contoh teladan yg baik menunjukkan korang kalau handle whatever problemo evens seciput kuman. Haha. Okay itu bohong.
Tp berdasarkan experience aku, budak bukan boarding school pun lebih hebat handle pengurusan diri dan masa. Masa tidur tu penting, 5 jam pun okay what, yg penting tidur yg berkualiti! Tidur over sgt pun bahaya gak.

Cemana tuh? Konklusinya, semuanya datang drpd diri kita, kita sebenarnya yg kawal cuma MALAS atau RAJIN. cepat sgt pulak konklusinya. Penyakit nombor satu dalam dunia ni, mak aku cakap la, MALAS. This penyakit ni sgt la bahaya blh menyebabkan segala kerja tergendala and diri sendiri yg rugi.
Kalau nak diberi pandangan, matrik vs diploma vs asasi, they all ada impak tersendiri.

1. Matrikulasi

  • tempoh pengajian dalam 10 bulan
  • Elaun RM 250 sebulan (masa 2013/2014 la)
  • Jadual padat, time management sgt perlu!
  • Sesi PNP dan pemarkahan mcm gaya universiti, cuma bila ada rules ni buat cam gaya budak sekolah.
  • Boleh bertanya cikgu kalau tak faham sesuatu subjek, inilah yg membezakan drpd asasi dan diploma (aku rasa la, cikgu aku ckp)
  • No time utk bercintan-cintun, sekiranya terjebak, maka terjejas la keputusan dan reputasi anda. Hahahaha. 
  • Sepanjang menjadi student matrik, takleh sama sekali atau sama dua kali untuk KAWIN!
  • untuk bekerja after habis matrik, kena guna sijil spm sbb sijil matrik tak laku even kau CGPA 4.00 kau! hihihi
2. Asasi
  • tempoh pengajian dalam 10 bulan
  • Elaun RM 200+ (kawan aku yg ckp, tp asasi UiTM dan PASUM masa sem 1, dia bg sekaligus RM2000+ or RM1000 camtu)
  • Jadual pun pack jugak, time management sekali lagi
  • Sesi PNP, pemarkahan dan lifestyle mcm budak universiti la, no rules okay! Ramai budak cpt terpengaruh dgn budaya kat sana, so korang kena pandai kawal diri.
  • No tanya-tanya pensyarah, aku rasa, cikgu aku ckp. Hahahaha
  • Aku pun tak tahu ada masa ke tak nak bermonyet-monyetan ni. Tp takpayah la, buat tambah dosa je. Kawin teruihhhhh
  • Haa ni kawin pun blh, no hal.
  • Kerja kena guna sijil spm mcm lepasan asasi/matrik, sijil asasi or matrik tak laku
3. Diploma
  • tempoh pengajian agak lama dalam 3 tahun camtu kurang atau lebih
  • Biasa PAMA (Papa and Mama), maksudnya kena buat pinjaman hahaha
  • Sgt relax, kelas dlm sehari brp jam je, 3-4 jam rasanya
  • Sesi PNP, pemarkahan and lifestyle sama cam asasi tadi
  • Tiada soalan blh ditanya sama itu pensyarah hehe
  • Kawin pun takde hal la time belajar
  • Senang nak dpt kerja, blh guna sijil diploma, ni kalau korang pk lepas diploma nk kerja.
Basically apa aku blh ckp, aku more info kat matrik ni, sbb aku student matrik so aku kena promote matrik. hehe. Tapi lagi kalau dpt tajaan MARA or JPA. Goyang kaki je bljr, takyah pk nak bayar mcm mcm. Aku rasa ramai nak yg camni. Rajin dan usaha tu penting, tp sbg muslim senjata kita doa la kan dan selalu buat solat sunat dan memenuhi solat 5 waktu. Kalau non-muslim mungkin ada cara tersendiri utk penuhi impian korang tu. Apa-apa pun, semua dtg drpd diri sendiri, kalau kita rajin,usaha and paling penting respect cikgu, parents, acik-acik cleaner, acik-acik kantin/cafe, acik-acik guard and binatang sekalipun, setiap kebaikan Allah akan balas setimpal dgn apa yg kita dah buat. Jd berbuat baiklah kpd semua benda yg hidup ^_^
Mana-mana yg terkurang tu, minta maaf sgt sgt, just a bit knowledge drpd apa aku dpt tahu drpd pancaindera pinjaman sementara Allah ni. Meh kita baca sikit eh tafsiran ayat 39-44, Surah An-Najm.


No comments:

Post a Comment