tick toe

Saturday, January 28, 2012

Ujian Buat Kita Kuat

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah..

Hebatkan Allah? Semua ada hikmah..
Kalaulah manusia tahu mengenai hadis ini:

“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya).” 
-Di Riwayatkan oleh Anas bin Malik
Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu…

Kerana masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu…

Kerana DIA tahu,
Hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
Mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA..

No comments:

Post a Comment