Jangan Ditangisi Haid Itu | Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan. Tengah pecutan maximum tu”. Atau pun “Haa? Period datang double bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji ana sampai macam ni sekali? Ini dikira nikmat atau dugaan?” dan pelbagai lagi keluhan yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti-ukhti saya.
Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pasti tidak mahu mensia-siakannya. Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu memecut sehabis daya kan?
Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.
Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel "Untunglaa jadi lelaki..."?
Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). "(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;" (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)
Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.
Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK
Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.
Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.
Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.
Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.
Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.
1- Sediakan juadah berbuka puasa
“"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun"”(Riwayat Tarmizi).
Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!
2. Bangun Sahur bersama-sama
Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!
3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran
Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.
4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi
Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.
5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.
Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.
6. Infaq/ sedekah
Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.
7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan
Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.
Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.
ADBHKMR
tick toe
Tuesday, July 1, 2014
Tuesday, June 17, 2014
Khilaf dan sebuah kejayaan.
Assalamualaikum wbt. Khilaf. Ya sbg manusia tentu sekali byk kekhilafan yg aku lakukan.
Bukan sekadar satu atau dua. Mungkin tak terbilang dek jari jemariku.
Hmm.
Andai anda silapku terhadap berbilangnya manusia di muka bumi Allah ini,
aku bermohon dan berdoa supaya Dia melembutkan hati hamba-hamba-Nya supaya mudah
menerima maaf sesiapa sahaja.
Wallahualam bissawab.
Kata kunci untuk kejayaan ; YAKIN.
Yakin kpd Pencipta kita.
Yakin kpd qada' dan qadhar-Nya.
Yakin kpd Dia sajalah kita kembali setelah Dia menghidupkan kita.
Dan aku juga bersyukur dengan keputusan matrik aku baru-baru ini. Ya, cemerlang pd Sem 1 dan 2.
Ibu bapa dan adik-beradikku bangga, dan bahagia.
Baru kutahu apa ertinya berkorban utk keluarga. I am a very hard person in fefeeling ni, my family too.
It's seem awkward kut air mata nak berjurai dpn each other. Lahaiiii sbb kitaorg akan rasa segan nanti. Kfine peliks sgt kut. Haha. But once aku menitiskan airmata that's mean mmg sentuh hati aku yg sgt deep!
Allahu.
Allah sajalah yg tahu segala isi hati aku. Kucurahkan segalanya kpd Dia, baik pahit atau manis.
Aku yakin kpd Dia yg sentiasa bersama walaupun batasan pancainderaku terbatas, begitu juga manusia yang lain.
Kusandarkan seluruh niat dan keputusan yg bakal kudapat kpd Dia.
Aku tak kecewa, malah aku bahagia walaupun kadang-kadang keputusannya menyedihkan.
Tapi aku percaya ujian yg diberi utk menguatkan aku, menambahkan keimananku kpd-Nya.
Aku jugak rasa berdosa kadang-kadang waktu lapang sekejap kuteringat memori lama.
Zaman jahiliyyah aku. Penuh pancaroba, tak sanggup nak ingat balik. Semoga Allah mengampuniku :')
Syaitan ni licik, bak kata naqibah aku yg merangkap lect Fizik aku, syaitan ni dh ready siap-siap kat tepi kita nk 'cucuk jarum' supaya melakukan kejahatan. Okay tu sebab aku tak suka ada masa lapang sgt haha
Hmm sometimes aku teringat kat someone pernah ada dlm hidup aku yg tidak halal, sewaktu menyulam cinta tidak halal hmm hmm hmm
Rasa berdosa sgt. Sbb aku nk berubah menjd wanita dan anak yg solehah. Aku serahkan jodohku kpd Allah :') Bukan ku pinta pintu hatiku tertutup cuma aku ingin bersihkannya kembali
supaya aku kembali kpd Penciptaku dlm keadaan bersih dr dosa. In shaa Allah. Jannah kan kukejar!
Redha Allah yg kucari, bukan redha manusia. Laila sa'idah.

p/s : La tahzan wahai sahabatku sekiranya pointer atau result exam kalian tidak memuaskan. Berbaik sangkalah kpd Allah, Dia sedang menunggu kalian utk hadir kpd-Nya. Percayalah, sesuatu yg tidak dijangkakan dlm hidup kalian pasti diatur secantiknya oleh Dia.
Wednesday, May 21, 2014
As a matriculation's student...
Assalamualaikum... Fuh berhabuk tak bukak since baru je almost a month liddat holiday after final exam
di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Yeap, sure very very busy as a matriculation's student.
Got not enough time to do that and that, and of course kat mana mana institut ke sekolah ke pejabat ke, mesti ada stress kan?
But be positive, bak kata orang "Positive thinking leads to positive outcome". Gitewww lerrrrr.
Ini la menunjukkan kematangan kita atau kebudakan kita. Iye dok? hehehe. Maybe yg pernah dok boarding school tu takde big matter sgt la utk pengurusan diri and masa. Korang kena la tunjuk contoh teladan yg baik menunjukkan korang kalau handle whatever problemo evens seciput kuman. Haha. Okay itu bohong.
Tp berdasarkan experience aku, budak bukan boarding school pun lebih hebat handle pengurusan diri dan masa. Masa tidur tu penting, 5 jam pun okay what, yg penting tidur yg berkualiti! Tidur over sgt pun bahaya gak.
Cemana tuh? Konklusinya, semuanya datang drpd diri kita, kita sebenarnya yg kawal cuma MALAS atau RAJIN. cepat sgt pulak konklusinya. Penyakit nombor satu dalam dunia ni, mak aku cakap la, MALAS. This penyakit ni sgt la bahaya blh menyebabkan segala kerja tergendala and diri sendiri yg rugi.
Kalau nak diberi pandangan, matrik vs diploma vs asasi, they all ada impak tersendiri.
1. Matrikulasi
di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Yeap, sure very very busy as a matriculation's student.
Got not enough time to do that and that, and of course kat mana mana institut ke sekolah ke pejabat ke, mesti ada stress kan?
Ini la menunjukkan kematangan kita atau kebudakan kita. Iye dok? hehehe. Maybe yg pernah dok boarding school tu takde big matter sgt la utk pengurusan diri and masa. Korang kena la tunjuk contoh teladan yg baik menunjukkan korang kalau handle whatever problemo evens seciput kuman. Haha. Okay itu bohong.
Tp berdasarkan experience aku, budak bukan boarding school pun lebih hebat handle pengurusan diri dan masa. Masa tidur tu penting, 5 jam pun okay what, yg penting tidur yg berkualiti! Tidur over sgt pun bahaya gak.
Kalau nak diberi pandangan, matrik vs diploma vs asasi, they all ada impak tersendiri.
1. Matrikulasi
- tempoh pengajian dalam 10 bulan
- Elaun RM 250 sebulan (masa 2013/2014 la)
- Jadual padat, time management sgt perlu!
- Sesi PNP dan pemarkahan mcm gaya universiti, cuma bila ada rules ni buat cam gaya budak sekolah.
- Boleh bertanya cikgu kalau tak faham sesuatu subjek, inilah yg membezakan drpd asasi dan diploma (aku rasa la, cikgu aku ckp)
- No time utk bercintan-cintun, sekiranya terjebak, maka terjejas la keputusan dan reputasi anda. Hahahaha.
- Sepanjang menjadi student matrik, takleh sama sekali atau sama dua kali untuk KAWIN!
- untuk bekerja after habis matrik, kena guna sijil spm sbb sijil matrik tak laku even kau CGPA 4.00 kau! hihihi
2. Asasi
- tempoh pengajian dalam 10 bulan
- Elaun RM 200+ (kawan aku yg ckp, tp asasi UiTM dan PASUM masa sem 1, dia bg sekaligus RM2000+ or RM1000 camtu)
- Jadual pun pack jugak, time management sekali lagi
- Sesi PNP, pemarkahan dan lifestyle mcm budak universiti la, no rules okay! Ramai budak cpt terpengaruh dgn budaya kat sana, so korang kena pandai kawal diri.
- No tanya-tanya pensyarah, aku rasa, cikgu aku ckp. Hahahaha
- Aku pun tak tahu ada masa ke tak nak bermonyet-monyetan ni. Tp takpayah la, buat tambah dosa je. Kawin teruihhhhh
- Haa ni kawin pun blh, no hal.
- Kerja kena guna sijil spm mcm lepasan asasi/matrik, sijil asasi or matrik tak laku
3. Diploma
- tempoh pengajian agak lama dalam 3 tahun camtu kurang atau lebih
- Biasa PAMA (Papa and Mama), maksudnya kena buat pinjaman hahaha
- Sgt relax, kelas dlm sehari brp jam je, 3-4 jam rasanya
- Sesi PNP, pemarkahan and lifestyle sama cam asasi tadi
- Tiada soalan blh ditanya sama itu pensyarah hehe
- Kawin pun takde hal la time belajar
- Senang nak dpt kerja, blh guna sijil diploma, ni kalau korang pk lepas diploma nk kerja.
Basically apa aku blh ckp, aku more info kat matrik ni, sbb aku student matrik so aku kena promote matrik. hehe. Tapi lagi kalau dpt tajaan MARA or JPA. Goyang kaki je bljr, takyah pk nak bayar mcm mcm. Aku rasa ramai nak yg camni. Rajin dan usaha tu penting, tp sbg muslim senjata kita doa la kan dan selalu buat solat sunat dan memenuhi solat 5 waktu. Kalau non-muslim mungkin ada cara tersendiri utk penuhi impian korang tu. Apa-apa pun, semua dtg drpd diri sendiri, kalau kita rajin,usaha and paling penting respect cikgu, parents, acik-acik cleaner, acik-acik kantin/cafe, acik-acik guard and binatang sekalipun, setiap kebaikan Allah akan balas setimpal dgn apa yg kita dah buat. Jd berbuat baiklah kpd semua benda yg hidup ^_^
Mana-mana yg terkurang tu, minta maaf sgt sgt, just a bit knowledge drpd apa aku dpt tahu drpd pancaindera pinjaman sementara Allah ni. Meh kita baca sikit eh tafsiran ayat 39-44, Surah An-Najm.
Saturday, March 8, 2014
Respect me please!
ASSALAMUALAIKUM :)
kadang kadang diam itu lebih baik drpd berckp kan? Astaghfirullah.
Yelaa, aku ni berdarah 'panas', cpt melenting. Tp kdg kdg tu blh sabar lg.
Byk byk berzikir, beristighfar. Mohon Allah lindungi kita drpd syaitan yg direjam.
Nauzubillah.
Not nice bukak aib org, once kita bukak aib org, mana tahu suatu hari nnt Allah bukak aib kita kat dpn org lain kan? Takut kan :( Better kita diam even kita nmpk org tu teruk sekali pun
Don't ever judge him/her. Allah know the best for His servants.
He might not 'give' hidayah to that person for the time being now. But maybe utk masa yg lain.
WHO'S KNOW? :)
Berbaik sangkalah. Doakanlah yg terbaik utk saudara sesama Islam kita mahupun yg non-muslim.
Approach them with the best attitude. Don't show our weakness.
be strong!
Subscribe to:
Posts (Atom)